Rabu, 13 Julai 2011

Angan-angan adalah Cita-cita

Semua Orang mempunyai angan-angan yang tinggi dan semua orang msti pkir angan-angan yg saya impikan sgt lah mengarut tpi itu semua adalah dari hati apa yg kita impikan...semua orang berhak mempunyai angan-angan sebegitu jdi jgn lah kita menghancurkan nya...insyaalah apa yg dimpikan akan tercapai klau kita berusaha dan yakin...apa yg slu anda berangan-angan????macam saya.............



“Nak dapat hadiah blakberry.”

“Nak jadi wartawan & pramugari.”

“Nak buat kereta terbang.”

“Nak jadi Perdana Menteri.”

“Nak jadi artis popular…” Erkk..


Macam-macam mereka mahu ‘jadi’. Malahan bukan setakat mahu ‘menjadi’ tetapi saya terlalu berangan-angan. Untungnya angan-angan mereka tidak pernah dimarahi. Tidak pernah dipelekeh. Malahan angan-angan mereka diiyakan oleh sesiapa sahaja. Dari kita kanak-kanak mempunyai angan-angan untuk membina identiti dari angan-angan . Minda turut bergerak aktif apabila kita mula berangan-angan. kita bebas. Bebas untuk berangan dan memilih.

Itu yang saya suka. Kebebesan kita untuk terus berangan dan bermimpi yang pelbagai. Tidak ada siapa yang marah. Tapi apabila saya kembali ke dunia saya yg makin dewasa, angan-angan tidak ada nilai. Baiklah kalau pun tidak mahu memanggilnya angan-angan, kita panggilnya sebagai cita-cita sesuai dengan dunia kita.


“Aku nak berniagalah.”

“Aku ingat nak buka Salon.”

“Aku target umur 30 aku dah dapat jadi CEO.”

“Nak jadi jutawan, senang sikit.”

“Lagi 5 tahun, kau tengoklah nanti. Aku memandu kereta BMW.”


Mungkin bila ada rakan kita yang berkata seperti di atas. Ada yang memuncung, ada yang gelak, dan mungkin ada yang memperlekehkan cita-cita tersebut.

“Kau jangan beranganlah.” Mungkin itu jawapan balas yang biasa didengari.

Saya bersyukur berada dilingkungan rakan-rakan yang memahami. Bukan semua tetapi orang-orang yang saya sentiasa luahkan cita-cita dan perancangan saya, semuanya menyokong, malahan sedia untuk mendengar. Walaupun saya kerap-kali menghasilkan pelbagai rancangan, walaupun rancangan itu seharusnya dirancang 5 atau 10 tahun akan datang. Mereka tetap sabar mendengar.



“Kau rasa aku akan berjaya?” Soal saya pada rakan-rakan.

“Yup, kau boleh berjaya.” Singkat, tapi cukup bermakna bagi saya.

Beliau tahu betapa saya terlalu bercita-cita tinggi. Angan-angan saya menggunung tinggi. Tapi beliau tetap terus menyokong.


“Ya Allah, Kau janganlah membunuh angan-anganku. Berikanlah kekuatan untuk aku merealisasikannya. Aku tahu, Kau tidak pernah mengecewakan permintaan hamba-hamba-Mu.” Munajat saya kepada Illahi. Moga Dia tidak membunuh angan-angan saya..

Juga kepada kita, jangan kita bunuh angan-angan sesiapa pun. Kerana tidak ada siapa pun tahu, angan-angan mereka itu akan berjaya suatu hari nanti. Angan-angan ditambah dengan usaha, tidak pernah ada yang gagal. Mari kita raikan angan-angan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan